Majlis Perasmian Pelancaran Brunei Darussalam Spatial Data Infrastructure (BSDI)
Negara Brunei Darussalam - 23 April 2008
Majlis Perasmian Pelancaran Brunei Darussalam Spatial Data
Infrastructure (BSDI) yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur telah
diadakan pada sebelah pagi bertempat di Dewan Betabur, Kementerian
Pembangunan. Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji
Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri
Pembangunan.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang
Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang
Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Said bin Pehin Orang Kaya Pekerma
Setia Dato Paduka Haji Hashim, Setiausaha Tetap (Teknikal &
Profesional) Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Zin
bin Awang Haji Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian
Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian
Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya, Konsultan-Konsultan dan
pegawai-pegawai dari Kementerian dan Jabatan yang dijemput.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis, Yang Mulia
Awang Haji Mohd Jamil bin Haji Mohd Ali, Juruukur Agung, Kementerian
Pembangunan, Kementerian Pembangunan.
Setelah itu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri
Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Awang Haji
Bakar, Menteri Pembangunan memberi ucapan dan seterusnya melancarkan
BSDI diikuti dengan tayangan klip video BSDI. Selepas itu
’keynotes’ dari Mr Rick Nyarady, Business Development
Manager dari CARIS Consultants juga disampaikan. Majlis diakhiri
dengan Yang Berhormat Tetamu Kehormat dijemput menyaksikan pameran
diluar Dewan Betabur. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.
Sementara itu, sesi taklimat mengenai ‘BSDI Rollout’
telah diadakan sebaik saja selesai majlis perlancaran dilakukan.
Taklimat tersebut diadakan di Dewan Betabur, Kementerian
Pembangunan. Taklimat telah disampaikan oleh Mr Rick Nyarady,
Business Development Manager dari CARIS Consultants. Ianya dihadiri
oleh Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan dan
Jabatan-Jabatan dibawahnya dan dari Kementerian dan Jabatan yang
diadakan ditempat yang sama.
Galeri Foto